Proton e.MAS 7 Melalui Ujian Menyeluruh untuk Memperbaiki EV Nasional MalaysiaProton e.MAS 7 Bersinar dalam Ujian Tempatan dengan Ketahanan yang Ditingkatkan dan Ciri-ciri yang Disesuaikan untuk Jalan Raya Malaysia, Meliputi Pelbagai Regim Ujian Utama seperti DAT, ERT, ADAS, dan QRT

Selepas menayangkan kenderaan elektrik nasional pertama semasa sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Putrajaya, Proton kini sedan gsibuk melakukan pelabagai ujian keatas e.MAS 7 untuk memastikan ianya bersedia untuk pasaran Malaysia.
SUV elektrik segmen C ini dibina atas Global Modular Architecture (GMA) yang menggunakan pelbagai teknologi terkini termasuk sistem pacuan elektrik pintar, seni bina bateri Cell-To-Body, dan sistem sambungan Flyme Auto.
Ujian tempatan yang meluas melibatkan enam unit Proton e.MAS 7, dipandu oleh jurutera pakar di pelbagai jenis laluan di Semenanjung Malaysia.
Fasa ujian padat ini penting untuk memastikan kenderaan memenuhi keperluan persekitaran Malaysia dan mengesahkan ketahanan, penyesuaian, dan kesesuaian dengan keperluan pasaran tempatan.
Antaranya Ujian Adaptif Ketahanan (DAT), Ujian Jalan Elektrik (ERT), Ujian Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS), dan Ujian Kualiti dan Kebolehpercayaan (QRT), bersama dengan peningkatan berterusan kepada sistem navigasi dan perkhidmatan Penyedia Perkhidmatan Telematik (TSP).
Setakat ini, jurutera kami telah menjalankan simulasi DAT yang mirip faktor persekitaran dan corak pemanduan dan trafik unik Malaysia, menyesuaikan navigasi dalam kereta untuk mencerminkan peta jalan Malaysia dengan tepat dan mengoptimumkan tangkapan frekuensi radio untuk stesen tempatan dengan fokus kepada laluan luar bandar dan pergunungan serta stesen kereta api untuk menguji sambungan internet.

Untuk sistem elektrik, Proton sedang menyelesaikan ujian jalan sejauh 10,000 km semasa ERT, memastikan integrasi semua fungsi elektronik berjalan lancar.
Sementara itu, ADAS telah diuji secara ketat dalam pelbagai senario, termasuk tempat letak kereta pusat membeli-belah, simpang jalan, dan jalan berselekoh.
Proton sedan menjalankan usaha menjadikan komponen perisian utama diubahsuai untuk kegunaan tempatan, termasuk menterjemahkan bahasa pasaran China asal dengan tepat ke dalam Bahasa Inggeris Malaysia dan menyesuaikan kepada tetapan tempatan, bukannya bergantung kepada terjemahan umum.
Menurut Proton, ini membuktikan bahawa Proton e.MAS 7 bukan sekadar kenderaan yang diberi nama semula tetapi satu yang disuntik dengan identiti Malaysia yang sebenar.
Proton telah melaksanakan 49 proses tambahan untuk memastikan model ini memenuhi piawai tertinggi baik di peringkat tempatan mahupun global.
Untuk mereka yang kerap gusar mengenai banjir, Proton sudahpun melakukan ujian meredah air sedalam 400mm untuk menangani senario banjir di negara kita.
Untuk lebih meyakinkan pembeli Malaysia, Proton e.MAS 7 akan menjalani ujian ASEAN NCAP, yang direka untuk menguji kenderaan hingga ke hadnya dan memastikan tahap keselamatan tertinggi untuk penumpang.
Selain itu, ia akan menjalani QRT, mencapai 100,000 km dalam prestasi pecutan, brek, dan penggunaan tenaga.
Perisian komputer adalah komponen penting kereta elektrik dan ini telah menjadi salah satu fokus utama ujian kali ini.
Semasa ujian berjalan, anda mungkin akan melihat kenderaan elektrik pertama Proton ini di jalan raya.
Perhatikan di sekitar kawasan anda.




