
PETRONAS AutoExpert mengadakan peraduan menarik yang berlangsung dari 1 September hingga 31 Oktober 2024. Pelanggan yang melakukan servis kenderaan di mana-mana cawangan PETRONAS AutoExpert berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik melalui peraduan Servis & Menang.
Cara penyertaan adalah mudah. Pengguna hanya perlu mengimbas Kod QR yang disediakan dan menghantar penyertaan mereka setelah membuat perbelanjaan di cawangan PETRONAS AutoExpert. Lebih menarik, pelanggan yang membuat tempahan temujanji servis melalui aplikasi Setel di telefon pintar mereka akan mendapat 100 entri tambahan.
Antara hadiah lumayan yang ditawarkan termasuklah:
- Hadiah Pertama: TV Panasonic 75″ Android 4K.
- Hadiah Kedua: iPhone 15 Pro Max (256GB).
- Hadiah Ketiga: iPad Air Wifi (256GB) untuk dua pemenang.
- Hadiah Keempat: Baucar Servis RM200 untuk 30 pemenang.
- Hadiah Sagu Hati: Kredit Tunai RM50 melalui e-wallet untuk 70 pemenang.
Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah keseluruhan yang bernilai tinggi ini! Imbas Kod QR sekarang dan sertai peraduan yang ditawarkan oleh PETRONAS AutoExpert. Terma dan syarat dikenakan.
#PETRONASAutoExpert #PeraduanServisDanMenang

