
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru-baru ini meraikan pencapaian penting dengan pengeluaran 40,000 unit Mitsubishi XPANDER, MPV bukan nasional nombor satu di Malaysia.
Dalam majlis tersebut, pemilik XPANDER ke-40,000, Puan Zaty Ewany, seorang guru dan ibu kepada lima anak dari Selising Pasir Puteh, Kelantan, diumumkan sebagai pemenang baucar perjalanan bernilai RM10,000.
Majlis penyerahan XPANDER baharu Puan Zaty diadakan di salah satu pengedar sah MMM, RIF Auto Sdn Bhd.
Shinya Ikeda, CEO MMM, menyatakan, “Apabila kami melancarkan XPANDER pada akhir 2020, visi kami adalah untuk mencipta kenderaan yang bukan sahaja memenuhi pelbagai keperluan pelanggan tetapi juga memperkayakan gaya hidup pemiliknya.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan setia kami, rakan kongsi perniagaan MMM, dan rakan media yang telah memberikan kepercayaan dan sokongan yang menjadi asas kejayaan kami.
”Sebagai tanda meraikan pencapaian ini, pengunjung ke mana-mana bilik pameran sah MMM boleh menjangkakan rebat dan bonus istimewa. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web MMM atau ikuti saluran media sosial rasmi MMM.


