
Keputusan Tesla untuk membatalkan rancangan pembinaan kilang di Thailand, adalah perkembangan yang mengejutkan tetapi tidak mengejutkan. Walaupun langkah ini kelihatan mendadak, ia adalah tanda cabaran yang lebih besar yang dihadapi oleh syarikat tersebut.
Malah Tesla dikatakan telah membuat keputusan untuk tidak melakukan sebarang pelaburan baru untuk pengilangan dalam masa terdekat dan hanya akan menumpukan perhatian kepada pemasangan rangkaian pengecaj.
Fokus kepada rangkai pengecaj adalah satu langkah yang paling mudah kerana ini adalah benteng pertahanan Tesla yang sangat kuat, tidak ada syarikat kereta elektrik lain yang mempunyai rangkaian caj yang begitu luas dan diiktiraf sebagai paling tersedia di setiap masa.
Masalah Pengeluaran dan Sekatan Kapasiti
Gigafactory Tesla yang sedia ada di Shanghai, Berlin, Austin, dan Fremont masih belum mencapai potensi penuh pengeluaran mereka. Ada pemerhati yang mengatakan kapasiti penuh penghasilan Tesla adalah hampir tiga juta unit setahun dengan Giga Shanghai berkeupayaan membina 1 juta unit setahun manakala Austin dan Berlin beloh memasan 500,000 kereta di setiap lokasi dan mempunyai ruang untuk dikembangkan menjaddi 1 juta unit setahun.
Manakala kilang awal Tesla di Fremont pula boleh membina sekitar 750,000 kenderaan setahun.
Fokus syarikat kini adalah untuk mengoptimumkan kemudahan-kemudahan ini sebelum memulakan usaha baru.
Berita penangguhan pembangunan Gigafactory di Mexico, yang sepatutnya menjadi kilang terbesar mereka dan dikatakan mampu menghasilkan lebih dari 2 juta kenderaan menjadi tanda awal Tesla menjerut kantung pelaburan syarikat.
Iklim kewangan dan perniagaaan duni agak suram kerana kadar faedah sedang tinggi dan pembeli merasa risau tentang keupayaan kewangan mereka di masa depan akibat ketidakstabilan geopolitik Barat yang sedang menjurus terhadap peperangan di beberapa medan pertempuran.
Mulanya Tesla menjangka akan dapat menjual 2.3 juta kenderaan pada tahun ini tetapi kini ia mungkin menjadi satu cabaran besar kerana angka jualan syarikat tersebut semakin mendatar atas pelbagai sebab.
FSD: Komponen Yang Hilang
Sejak awal tahun 2024, Visi Elon Musk tentang kenderaan autonomi dan robotaxi telah menjadi teras naratif pertumbuhan Tesla dan kita kerap kali diberitahu ufuk autonomous hampir tiba.
Namun, laluan ke arah pemanduan sendiri penuh (FSD) ternyata lebih mencabar daripada yang dijangka.
Pelancaran versi FSD terbaru 12.5.1 dilihat sebagai loncatan agak besar dan berjaya menyelesaikan beberapa masalah yang kerap dibangkitkan oleh pengguna Tesla yang terkenal.
Namun hakikat pnyebaran umum sistem tersebut kepada semua pelimilik Tesla telah membangkitkan beberapa masalah yang mungkin tidak diduga semasa ia digunakan oleh pemilik yang terpilih berdasarka rekod pemanduan yang cemerlang.
Walaupun memimpin dalam jumlah data dan jarak yang telah ditempuh, sistem FSD Tesla masih memerlukan peningkatan yang ketara untuk memenuhi piawaian peraturan.
Tempoh purata tanpa gangguan pemanduan untuk sistem terkini 12.5.1 adalah sekitar 150 batu dan ianya perlu ditingkatkan kepada puluhan ribu batu sebelum boleh meyakinkan pihak berkuasa untuk membenarkan ianya beroperasi sepenuhnya.
Syarikat ini menghadapi keputusan kritikal: untuk mengejar strategi dua hala, fokus pada autonomi Tahap 5 dan peningkatan beransur-ansur untuk sistem Tahap 2, atau untuk menumpukan pada satu hala sahaja.
Keterbatasan Portfolio Produk dan Cabaran Pasaran China
Kebergantungan Tesla pada model S, 3, X, dan Y, walaupun berjaya, telah mendedahkan syarikat kepada kelemahan dalam pasaran yang berkembang pesat seperti China. Pasaran EV di China menuntut pelbagai produk dan julat harga yang lebih luas, strategi yang Tesla agak enggan laksanakan. Ketidakfleksibelan ini boleh menyebabkan penurunan pegangan pasaran apabila pesaing China menawarkan lebih banyak pilihan yang pelbagai.
Implikasi Terhadap Pertumbuhan Masa Depan
Tanpa kemajuan ketara dalam FSD dan portfolio produk yang lebih pelbagai, trajektori pertumbuhan Tesla menjadi semakin tidak menentu. Keputusan syarikat untuk menghentikan rancangan pengembangan menunjukkan tempoh penilaian semula strategi. Pelabur dan penganalisis akan memerhati dengan teliti bagaimana Tesla menangani cabaran-cabaran ini dan merancang laluan baru untuk pertumbuhan masa depan.
Pengajaran Utama:
- Fokus Tesla kini adalah untuk mengoptimumkan kemudahan pengeluaran sedia ada daripada mengembangkan ke pasaran baru.
- Pembangunan FSD kekal sebagai cabaran kritikal bagi syarikat, dengan potensi implikasi terhadap strategi keseluruhannya.
- Keterbatasan portfolio produk Tesla, terutamanya di pasaran China, boleh menghalang pertumbuhan masa depan.
- Keputusan syarikat untuk menghentikan rancangan pengembangan mencadangkan tempoh penilaian semula strategi.

