Panduan Lengkap Ubah Suai Kereta Persendirian Mengikut Garis Panduan JPJ

Untuk sesetengah pemilik kereta, ubah suai kenderaan mungkin dianggap sebagai suatu keperluan dan hobi bagi menambahkan seri dan ‘memantapkan’ lagi fungsi kereta tersebut.

Namun, tahukah anda bahawa pengubahsuaian kereta sebenarnya tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya dan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)?

Peraturan Pengubahsuaian Kenderaan Berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987

Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya. Kegagalan mana-mana pemilik kendaraan mengikut peraturan yang telah ditetapkan ini boleh menyebabkan tindakan saman dikenakan.

Pengubahsuaian yang Boleh Dilakukan Tanpa Kelulusan JPJ

Terdapat beberapa jenis pengubahsuaian yang boleh dilakukan tanpa melibatkan kelulusan JPJ, tetapi masih perlu mengikut panduan yang ditetapkan:

  1. Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil
  • Tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.
  1. Pemasangan door visor
  • Tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi.
  1. Pemasangan tambahan bumper dan protecting guards
  • Protecting guard tidak boleh melebihi lebar kenderaan.
  • Tidak boleh melebihi 50% daripada bes roda kereta.
  • Tidak boleh menutupi lampu kenderaan dan tidak mempunyai bucu-bucu tajam.
  • Tidak boleh melebihi 150mm daripada keseluruhan kenderaan.
  1. Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar
  2. Penukaran sistem pacuan
Pengubahsuaian yang Memerlukan Kelulusan JPJ

Terdapat juga beberapa jenis pengubahsuaian yang memerlukan kelulusan JPJ sebelum dilakukan:

  1. Pengubahsuaian ke atas kenderaan OKU
  2. Penukaran enjin
  3. Penukaran sistem bahan bakar
  4. Penukaran panel struktur kenderaan
  5. Status kenderaan vintaj/ klasik

Adalah penting bagi pemilik kenderaan untuk mematuhi segala peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh JPJ untuk mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil. Dengan mengikuti panduan yang disediakan, anda dapat memastikan keselamatan bersama di jalan raya.

Leave a comment