
Tesla Cybertruck futuristik kini membuat penampilan terakhir di Lembah Klang, dipamerkan di One Utama sehingga 17 Jun 2024. Sesi eksklusif telah diatur untuk pembeli-belah dan pengunjung untuk merasai pengalaman dalam Cybertruck dan melihatnya dengan lebih dekat. Terdapat tiga sesi setiap hari berdasarkan siapa cepat dia dapat. Lawati https://www.tesla.com/en_my/event/tesla-one-utama untuk maklumat lanjut mengenai pengalaman ini.
Tesla sedang berusaha memperluaskan rangkaian pengecasan Tesla untuk menawarkan pengalaman pemilikan yang lancar kepada pemilik Tesla di Malaysia. Sehingga hari ini, Tesla menyediakan 10 stesen Supercharging dengan 48 Supercharger dan 11 stesen Destination Charging dengan 57 Destination Charger. Tesla akan terus memperluaskan rangkaian pengecasan Tesla yang komprehensif, nantikan stesen Supercharging yang akan datang di The Gardens Mall.
Untuk memenuhi keperluan dan permintaan yang semakin meningkat terhadap produk terbaru – Model Y, Tesla telah melancarkan program insentif terhad untuk stok sedia Model Y. Pelanggan boleh memiliki Model Y dengan bayaran bulanan serendah RM 1,810 dengan tempoh 84 bulan melalui pembiayaan dengan pemodal yang terpilih oleh Tesla. Tawaran ini hanya terpakai untuk stok sedia Model Y sahaja, pelanggan mesti melengkapkan dan mengambil penghantaran pada atau sebelum 30 Jun 2024 untuk menikmati tawaran ini.
Lawati tesla.com/event/tesla-modely-inventory atau hubungi 1800810655 untuk menjadualkan konsultasi mengenai program insentif Model Y atau pandu uji untuk merasai teknologi dan prestasi canggih Tesla. Ikuti media sosial Tesla: X @tesla_malaysia dan Instagram @teslamotorsmys untuk kemas kini terbaru.

