Sambut musim perayaan dengan tayar baru Goodyear

Musim perayaan menandakan tempoh dimana kita lebih banyak berjalan dan tayar adalah satu komponen penting yang menjamin keselamatan, elok juga kalau tukar tayar baru masa ni.

Goodyear mengumumkan satu promose yang bermula sekarang sehingga akhir bulan Februari dimana setiap pelanggan yang membeli dua biji tayar yang berukuran 16-inci ke atas akan menerima kredit Touch ‘n Go e-Wallet sebanyak RM20, manakala mereka yang membeli 4 keping tayar pengguna berukuran 16″ dan ke atas akan menerima kredit Touch ‘n Go e-Wallet sebanyak RM50.

Promosi ini mencerminkan komitmen Goodyear untuk menyediakan produk dan pengalaman yang unggul. Untuk mengambil bahagian, pelanggan boleh mengikuti langkah-langkah mudah berikut:

Langkah 1: Beli dua atau empat keping tayar pengguna Goodyear berukuran 16″ dan ke atas dari mana-mana kedai yang menyertai promosi Goodyear atau Kedai Rasmi Goodyear di Lazada, Shopee, atau guna voucher Goodyear Grab (SNPL).

Langkah 2: Daftarkan tayar anda untuk Jaminan Tanpa Risau (WFA) di https://www.goodyear.com.my/warranty/register-your-tyres.

Langkah 3: Terima mesej WhatsApp dari Goodyear Malaysia di 012-998 8410 untuk tujuan pengesahan Touch ‘n Go dan penggantian kos.

Langkah 4: Terima kredit Touch ‘n Go e-Wallet anda dalam tempoh 14 hari bekerja selepas penghantaran yang berjaya.

Dengan pembelian mana-mana tayar pengguna Goodyear, pelanggan berhak untuk mendapat Jaminan Tanpa Risau (WFA). Jaminan komprehensif ini termasuk jaminan kerosakan jalan selama 1 tahun, menawarkan perlindungan terhadap kerosakan akibat rintangan jalan.

Pelanggan juga mendapat manfaat dari dua kali pemeriksaan keselamatan tayar percuma untuk menambah ketenangan fikiran semasa memandu, dan jaminan 5 tahun yang meliputi sebarang kerosakan pembuatan dalam tayar yang dibeli.

“Komitmen kami melampaui jualan tayar; ia tentang menjadi bahagian penting daripada pengalaman memandu yang penting bagi rakyat Malaysia. Dengan sambutan musim perayaan yang semakin hampir, kami ingin rakyat Malaysia melangkah ke jalan dengan keyakinan bahawa mereka boleh bergantung kepada tayar premium kami sebagai rakan yang dipercayai,” Hugh Yun, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh mengunjungi laman Goodyear Malaysia di https://www.goodyear.com.my.

Leave a comment