Gentari Peroleh Keupayaan Jana Elektrik Angin Luar Pesisir dalam Projek Hai Long

Gentari melabur dengan pegangan 49 peratus dalam projek Hai Long untuk menjadi salah satu kemudahan angin laut terbesar di Asia setelah siap

  • Gentari memperoleh pegangan 49 peratus dalam projek angin laut Hai Long melalui rakan kongsi dengan Northland Power Inc.
  • Hai Long, projek angin laut luar pesisir terbesar di Asia, akan memberikan kapasiti penjanaan bersama sebanyak 1,022 MW setelah siap.
  • Pelaburan ini membolehkan Gentari terlibat secara langsung dalam industri angin laut, menyokong matlamat tenaga boleh diperbaharui Taiwan untuk membina 15 GW angin laut antara 2026 dan 2035.

Pembekal penyelesaian tenaga bersih, Gentari, melalui anak syarikatnya Gentari International Renewables Pte Ltd, kini memasukkan kapasiti angin laut ke dalam portfolionya dengan pelaburan dalam projek angin laut Hai Long yang terletak di lepas pantai Changhua di Selat Taiwan.

Pelaburan ini melibatkan pegangan 49 peratus Gentari dalam hak milik Northland Power Inc. (Northland), syarikat berpusat di Kanada yang memiliki projek ini, setara dengan 29.4 peratus kepentingan ekuiti tidak langsung.

Northland kini memegang kepentingan hak milik sebanyak 30.6 peratus dalam projek secara keseluruhan dan akan terus memimpin dalam pembinaan dan pengoperasian projek yang dibangunkan sebagai usaha bersama antara Northland dan syarikat Jepun, Mitsui & Co.

Terdiri daripada dua fasa, projek ini dijangka mempunyai kapasiti penjanaan gabungan sebanyak 1,022 MW dan akan memainkan peranan penting dalam membantu Taiwan mencapai matlamat tenaga boleh diperbaharui sebanyak 15 GW daripada angin laut yang perlu dibina antara 2026 dan 2035.

Setelah beroperasi, Hai Long akan menjadi projek angin laut luar pesisir terbesar di sekitar pulau tersebut, selain menjadi salah satu kemudahan angin laut terbesar di Asia, menyediakan tenaga bersih yang mencukupi untuk memasok lebih daripada satu juta rumah tangga serta fasiliti industri di Taiwan.

“Gentari gembira untuk meluas ke sektor angin laut luar pesisir melalui rakan kongsi strategik ini dengan Northland bagi projek angin laut Hai Long. Menggerakkan Gentari ke hadapan dalam industri angin laut merupakan langkah kuat untuk merealisasikan aspirasi tenaga bersih kami dan tonggak penting dalam komitmen kami untuk membantu memajukan penggunaan tenaga boleh diperbaharui secara global.

Projek ini tidak hanya sejajar dengan visi kami untuk masa depan yang mampan dan hasrat kami untuk memberikan sumbangan yang bermakna kepada esok yang lebih bersih, tetapi juga mengukuhkan kedudukan Gentari sebagai rakan penyelesaian tenaga bersih yang bernilai dalam mencapai matlamat net zero,” kata Sushil Purohit, Ketua Pegawai Eksekutif Gentari.

“Northland gembira untuk menyambut Gentari sebagai rakan jangka panjang rasmi bagi projek angin laut Hai Long. Kami percaya Gentari akan memberikan nilai yang besar untuk memperkukuhkan impak kami dalam bidang ini. Bersama-sama, kami memulakan perjalanan di mana visi sejajar dan usaha kerjasama kami dapat mempercepat kemajuan ke arah masa depan tenaga yang mampan,” kata Mike Crawley, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Northland.

Aspirasi global Gentari termasuk membina kapasiti tenaga boleh diperbaharui sebanyak 30 hingga 40 GW menjelang 2030 melalui projek-projek angin suria, angin darat dan laut, dan penyimpanan bateri, dengan menargetkan pelanggan berskala utiliti, komersial, industri, dan runcit.

Langkah ini berpotensi besar untuk Gentari, ia memebrikan mereka peluang untuk lebih memahami janaan tenaga melalui sumber angin yang berpotensi besar terutama pada latitud tinggi.

Angin bukan sumber berpotensi di Malaysia kerana kedudukan kita yang terlalu hampir pada garisan khatulistiwa yang tidak menjana banyak angin secara berterusan sepanjang tahun.

Langkah ini mempelbagaikan portfolionya sumber tenaga Gentari dan kerjasama dengan Northland Power memberi Gentari peluang untuk bekerjasama dengan pemain berpengalaman dalam industri angin laut luar pesisir.

Projek tenagua luar pesisir adalah sangat mencabar kerana operasi adalah kompleks melibatkan kesukaran logistik dan menghadapi keadaan cuaca tidak menentu. Secara keseluruhan kejayaan langkah ini bergantung kepada sejauh mana Gentari mengurus risiko dan cabaran yang berkaitan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gentari, sila layari http://www.gentari.com.

Leave a comment