MariiCAs perlukan perhalusan bagi membantu industri fokus kepada keperluan tempatan dan produk mampu milik.

MARiiCas, Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik, membuka peluang besar kepada rakyat Malaysia dengan rebat sehingga RM2,400 bagi mereka yang berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI), menegaskan bahawa langkah ini, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim, selaras dengan agenda pembangunan lestari.

Industri automotif global kini melalui peralihan untuk menerima dan mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) sejajar dengan kemajuan teknologi dan keperluan global untuk mengurangkan pelepasan karbon.

“Peningkatan penggunaan EV di negara ini boleh mendorong industri automotif tempatan untuk mempercepatkan pembangunan dan pengeluaran EV. MARiiCas, dengan rebat sebagai insentif, membantu memberi keyakinan dan peluang kepada rakyat untuk merasai teknologi motosikal elektrik sebagai medium pengangkutan harian,” kata Tengku Zafrul semasa merasmikan MARiiCas di Kuala Lumpur.

MARiiCas akan dikendalikan oleh MITI dan MARii sebagai agensi pelaksana. Pelancaran ini melibatkan pengaktifan Platform permohonan MARiiCas oleh MARii, membolehkan pemohon menyemak kelayakan dan memohon insentif melalui laman sesawang insentif.marii.my.

Tengku Zafrul menekankan bahawa MARiiCas sejajar dengan hasrat kerajaan menuju sasaran karbon sifar seawal 2050 dengan meningkatkan kelestarian alam dan kualiti hidup masyarakat.

“Sokongan penuh kerajaan terhadap EV adalah menyeluruh, termasuk motosikal elektrik yang penting dalam mobiliti rakyat. MARiiCas diharap dapat membantu mencapai sasaran 20% jualan tahunan kenderaan elektrik pada 2030,” tambahnya.

Azrul Reza Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MARii, menyatakan bahawa sehingga kini, 11 syarikat tempatan telah mendaftar dengan 12 model motosikal elektrik yang memenuhi kriteria MARiiCas.

Inisiatif ini, yang diilhamkan oleh slogannya ‘Memacu Kelestarian’, juga sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan ‘Push for Net Zero’ di bawahnya. MARiiCas dianggap tepat pada masanya untuk merancakkan penerimaan rakyat kepada motosikal elektrik dan mencapai transformasi tenaga negara.

Dengan MARiiCas sebagai langkah permulaan, harapan terletak pada industri untuk merangka keperluan mereka dan berinteraksi dengan kerajaan bagi memastikan pengembangan EV yang mampan dan merentas pelbagai segmen masyarakat. Dengan pendekatan holistik ini, Malaysia mungkin menempatkan dirinya sebagai pemimpin dalam penggunaan motosikal elektrik di rantau ini.

Reaksi kepada pengumuman rebat harga motosikal elektrik RM2,400

Rebat hingga RM2,400 memang dapat membantu menarik minat pembeli, tetapi ia mungkin tidak mencukupi untuk menurunkan harga motosikal elektrik kepada tahap yang lebih mampu milik bagi sesetengah individu. Saya cadangankan penenetapan harga atap untuk motosikal yang layak menerima rebat, mungkin ianya ditawarkan untuk motosikal elektrik berharga hingga RM11,000.

Menetapkan harga atap boleh memberi dorongan kepada industri untuk menghasilkan motosikal elektrik dengan harga yang lebih rendah dan lebih bersaing. Ini dapat merangsang pertumbuhan pasaran motosikal elektrik dan membuat teknologi ini lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia. Selain itu, langkah ini juga sejajar dengan objektif kerajaan untuk memacu penggunaan kenderaan elektrik dan mencapai sasaran karbon sifar.

Pengenalan had harga yang lebih rendah dapat memberi insentif tambahan kepada pengeluar untuk fokus pada inovasi kos yang lebih rendah dan teknologi yang lebih efisien. Ini juga boleh membantu mencapai sasaran untuk meningkatkan penerimaan masyarakat terhadap motosikal elektrik.

Di Malaysia dan di sebahagian besar negara Asia Tenggara, penggunaan motosikal elektrik masih di peringkat permulaan dan sedang mencari langkah untuk menggalakkan penggunaannya. Antara kunci utama ialah pembangunan jenama tempatan yang direka khas untuk keperluan setempat.

Jiki kita tengok perspektif global dari negara seperti Taiwan dan China, sebagai contoh, mereka mempunyai dasar jelas mengenai kenderaan elektrik secara amnya.

1. Taiwan:

   Pendekatan Inovatif: Taiwan telah menjadi pemimpin dalam penggunaan motosikal elektrik. Mereka telah mengadopsi pendekatan inovatif dalam merangka dasar dan infrastruktur untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik.

Insentif Kerajaan: Kerajaan Taiwan memberikan pelbagai insentif, termasuk subsidi pembelian, diskaun cukai, dan sokongan infrastruktur pengecasan untuk mendorong penggunaan kenderaan elektrik.

China:

Skala Produksi Besar: China adalah salah satu pengeluar terbesar motosikal elektrik di dunia. Mereka telah membangunkan pasaran yang besar dengan pelbagai jenis motosikal elektrik.

Sokongan Penuh Kerajaan: Kerajaan China memberikan sokongan sepenuhnya untuk industri kenderaan elektrik. Ini termasuk insentif pembelian, pembebasan cukai, dan pembinaan infrastruktur pengecasan yang luas.

Pendekatan Komprehensif: China mengamalkan pendekatan yang komprehensif, tidak hanya dalam memberikan insentif kepada pengguna, tetapi juga dalam menyokong pengeluaran dan penyelidikan dan pembangunan teknologi motosikal elektrik.

Perbezaan antara pendekatan kedua-dua negara ini menunjukkan bahawa kejayaan penggunaan motosikal elektrik tidak hanya bergantung kepada insentif kewangan tetapi juga kepada pembangunan infrastruktur yang sesuai dan sokongan kerajaan yang holistik. Dalam konteks ini, Malaysia dan negara-negara serantau mungkin perlu mengambil kira pelbagai elemen untuk mencapai keberjayaan dalam menggalakkan penggunaan motosikal elektrik.

Inisiatif oleh kerajaan seperti MARiiCas adalah langkah awal yang baik untuk merangsang penggunaan motosikal elektrik di Malaysia. Namun, kini tiba giliran industri untuk menyusun keperluan mereka bagi peralihan ini dan berinteraksi dengan kerajaan untuk dasar-dasar dan insentif yang khusus sesuai dengan objektif jangka panjang negara dan industri. Keterlibatan proaktif ini akan menjadi penting untuk menyelaraskan matlamat jangka panjang kedua-dua negara dan industri, memastikan peralihan ke mobiliti elektrik berkesan dan mampan.

Leave a comment