1,000 Tempahan dicapai untuk smart, ramai juga yang minat pada #1

Diam tak diam dah lebih 1,000 tempahan diterima oleh smart #1 dalam tempoh dua minggu, ini satu petanda baik, bukan saja untuk jenama tapi untuk keseluruhan sektor kenderaan elektrik.

Nampaknya pembeli Malaysia dapat menerima pendudukan smart sebagai sebuah Crossover Elektrik Premium yang fokus kepada gaya urban dan kehidupan bertenaga di bandar.

Harga tawaran yang menarik bermula RM189K sudah tentu memainkan peranan dalam menarik perhatian pembeli premium yang mahukan sesuatu yang lain dari Tesla.

Selain menawarkan kelainan dan kemasan premium dan gaya mewah ranggi dan muda, smart juga ditawarkan dengan beberapa pakej menarik termasuk tawaran pengecaj di rumah  yang merupakan peralatan wajib untuk mereka yang berganjak ke alam EV.

“Penghantaran juga adalah aspek penting, dan pasukan kami dengan tekun bekerja untuk memastikan penghantaran kenderaan kepada pelanggan yang dihargai secara tepat pada masanya,” jelas Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia.

Selain dari fokus kepada pengalaman membeli, smart juga menumpukan perhatian kepada pengalaman mengguna melalui aplikasi Hello smart yang emenawarkan pelbagai kemudahan termasuk keupayaan merancang perjalanan dan mengecaj.

@fastkarzz

Bayangkan rekabentuk Mercedes Benz bergabung dengan teknologi EV terkini dari China, hasilnya = smart #smart #1 #malaysia #mercedes #geely

♬ original sound – Fastkarz – Fastkarz

Aplikasi ini memberikan pemilik smart #1 dengan penyelesaian sepenuhnya – dari tempahan kereta, membuat pembayaran, sehingga pengecasan dan pemantauan status pengecasan.

Jenama ini juga telah membina rangkaian 10 pengedar yang terletak secara strategik di 6 negeri seluruh Malaysia.

Mereka bukan saja  memudahkan proses pembelian tetapi juga memastikan perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang, menawarkan panduan pakar kepada pelanggan.

@fastkarzz

smart buka 10 Pusat Tumpuan Komuniti, bukan bilik pameran tau. Eon di Glenmarie antara yang pertama #smart #1 #malaysia #ev #tech #customer

♬ original sound – Fastkarz – Fastkarz

Selain tawaran-tawaran ini, smart #1 dilengkapi dengan pakej jaminan standard yang luas, termasuk Jaminan Bateri Voltan Tinggi 8 tahun/200,000km, Jaminan Komponen Voltan Tinggi 8 tahun/150,000km, Jaminan Kenderaan Tanpa Had Kilometer 4 tahun, dan Jaminan Alat Ganti Tanpa Had Kilometer 2 tahun. Pelanggan juga mendapat manfaat dari Bantuan Perkhidmatan Tebing Jalan 24/7.

Selain dari rekabentuk muda, smart juga fokus kepada pilihan warna, mereka menawarkan 10 warna dalam format dua rona dengan bumbung merah atau hitam.

Antara gabungan kegemarana termasuk Atom Grey – Matte (Red Roof), Meta Black (Red Roof), Digital White, dan Future Green.

@fastkarzz

3 hujan paling kukuh kenapa #EV seperti #smart #1 adalah kenderaan masa depan #technology helping with #climatechange

♬ original sound – Fastkarz – Fastkarz

Pilihan yang menarik ini mencerminkan selera yang beraneka ragam dan sofistikated dari peminat smart #1, menjadikan mereka pilihan teratas dari palet yang menarik.

Pembeli juga menikmati ganjaran eksklusif, termasuk pakej aksesori percuma bernilai RM2,000, pelan data Internet lima tahun dengan jumlah 60GB, dan tawaran terhad berupa smartCharge Home Charger percuma bernilai RM3,2001. Tawaran istimewa ini sah sehingga 31 Disember 2023.

smart Malaysia yakin bahawa kejayaan smart #1 hanyalah permulaan dari siri mercu tanda yang akan menegaskan syarikat sebagai pemain utama dalam pasaran EV.

Leave a comment