“Jaecoo J7 mendarat untuk ujian jalan di Malaysia

Aku pun pertama kali dapat siaran Media dari Jaecoo, tak tahupun syarikat ni sebenarnya pembuat kereta dari China dan kali ini mereka mengumumkan bahawa dua unit SUV bandar model J7 AWD telah pun mendarat untuk ujian jalan.

Yang menariknya kedua-dua kenderaan ini adalah panduan kanan, jarang syarikat menghasilkan versi panduan kanan begitu awal.

Ini menandakan mereka serius dalam usaha memasuki pasaran panduan kanan. Selain dibawa untuk ujian jalan, dua kenderaan ini juga bakal ditayangkan kepada mereka yang berpotensi menjadi rakan niaga syarikat di Malaysia, termasuk pelabur dan pengedar. Menurut Jaecoo, model ini akan diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2024.

Walaupun nama ini baru, tetapi sebenarnya ia adalah sebahagian dari kumpulan Chery, kerana di China adalah amalan lazim untuk sebuah syarikat menghasilkan produk dengan pelbagai jenama untuk memenuhi citarasa pasran yang berbeza.

Sukar untuk kita fahami strategi ini kerana China adalah sangat besar dari segi saiz dan mempunyaik saiz pasaran gergasi dan mampu membina banyak jenama, produk dan varian dalam satu satu industri.

Jenama Jaecoo memilih untuk menghasilkan kenderaan bergaya unik dengan gabungan ciri retro dan moden, dalam model J7 kelihatan mereka menggunakan garis yang mudah dan kemash untuk mencapai imej klasik.

Dari segi proportion atau nisbnah ada iras rekabentuk Range Rover tetapi diberikan interpretasi kemasan moden seperti jeriji yang besar dengan jalur menegak dan rekabentuk lampu yang tipis dan garang.

Tema serupa digunakan dalam kabin dimana penggunaan garisan selari secara pukal menjadikan kebin kelihatan teratur dan kemas.

Pengunaan skrin sentuh menegak yang besar di tengah kabin memastikan ia kelihatan terkini dan menawarkan interaksi siber yang diharapkan oleh pembeli zaman sekarang. Jentera 1.6-liter turbo yang digunakan pada J7 juga menjana kuasa untuk model Tiggo 8.

Ia menghasilkan 145kW dan 290Nm tork, cukup untuk memacu kesemua roda dengan memuaskan. Walaupun kami belum dapat memandu jentera ini, yang pastinay serangan kali kedua dari jenama China berasa berbeza kerana mereka kelihatan lebih serius untuk menguasai pasaran kali ini.

Fakta ringkas J7

Harga: Belum diumumkan
Enjin: 1,6-litre, 4-cylinder, turbo petrol
Transmisi: 7-speed klac kembar
Power: 145 kW
Torque: 290 N.m
Pacuan: AWD
Kecekapan Bahanapi: n/a
CO2: n/a
Saingan: VW Tiguan; Hyundai Tucson

Leave a comment