
Jenama motosikal elektrik United E-Motor yang dihasilkan oleh PT. Terang Dunia Internusa telah dilancarkan di Malaysia dengan rakan tempatan Artroniq Bhd.
Tumpuan utama acara adalah pelancaran model TX3000 dan TX1800, namaun kami tidak mempunyai sebarang maklumat teknikal mengenai dua produk ini melalui siaran akhbar yang dihantarkan.


Marcus Chin, Ketua Pegawai Kewangan di Artroniq Bhd, berkata, “Kami gembira untuk memperkenalkan motosikal elektrik United E-Motor ke pasaran Malaysia. Kerjasama ini sejajar dengan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian mobiliti yang mampan dan inovatif kepada pelanggan kami.”
Henry Mulyadi, pengasas United E-Motor, menambah, “Acara pelancaran ini memenuhi harapan kami. Kami berganding bahu dengan Artroniq Bhd dalam membawa motosikal elektrik mesra alam dan berprestasi tinggi kami kepada peminat motosikal Malaysia.”


