
Helixx, sebuah syarikat teknologi global berpusat di UK, telah mendedahkan demonstrator pertama mereka, memberi gambaran mengenai prinsip-prinsip reka bentuk syarikat ini dan keberkesanan sistem pembuatan Helixx.
Kenderaan demonstrator ini ialah van penghantaran komersial Helixx yang direka dengan gaya kontemporari untuk kemudahan keluar masuk dan ruang muatan dalaman yang optimum. MEreka menjangka produk ini akan masuk fasa pengeluaran pada tahun 2024 dan diikuti oleh trak pikap untuk industri pembinaan, kenderaan penumpang badan terbuka dan tertutup untuk perkhidmatan penumpang ride-hailing.
Untuk mengurangkan kerumitan, sistem badan kenderaan direka mengikut peraturan yang membolehkan ia dibina di kilang anjal menggunakan lima komponen struktur utama yang boleh disambungkan dengan mudah, mengurangkan kos pengeluaran dan menghasilkan kenderaan yang tahan lama.

Steve Pegg, CEO dan salah seorang pengasas Helixx: “Sebagai jurutera dan pereka, kami berazam untuk tidak lupakan konspe asal mengenai cara penghasilan kenderaan Helixx dan kenderaan yang ada sekarang dihasilkan dalam tempoh 180 hari dari mulanya kajian awal dengan menggunakan prinsip memudahkan pengilangan.
Dengan cara ini kami percaya boleh menawarkan kos penggunaan USD0.25 sejam (RM1.18), satu harga yang agak menarik bergantung kepada trerma dan syarat yang mereka ingin kenakan.


Dari gambar agak jelas mereka menggunakan teknologi cetakan 3D dimana kualaiti kemasan adalah jauh lebih buruk berbanding dengan teknologi acuan lastik yang biasa kita tengok sekarang.
tetapi Helixx jgua mengatakan mereka akan menggunakan teknologi acuan polimer dengan mengimbas panel badan yang dibentuk menggunakan cetakan 3D untuk menghasilkan acuan untuk polimer dan tidak perlu menghasilkan acuan untuk kepingan keluli yang jauih lebih mahal.
Dengan menggunakan teknologi cetakan 3D, Helix berkata mereka boleh memasan badan dengan sempurna pada kali pertama, menunjukkan bahawa pengimpal badan keluli tidak diperlukan dalam platform pengeluaran kenderaan Helixx.


Hasilnya adalah sistem badan yang lebih ringkas dan 30% lebih ringan dan mengurangkan ratusan komponen individu berbanding kenderaan tradisional, selaras dengan matlamat Helixx.
Berdasarkan rangka aluminium hibrid, van penghantaran komersial Helixx menyediakan kapasiti 2100 liter dan muatan maksimum 500 kg. Ia mempunyai lebar pintu belakang 110 cm dan panjang bawah muatan 140 cm, membolehkannya memuatkan kebanyakan palet penghantaran global.
Badan kenderaan ini panjangnya 3.2 meter dan lebarnya 1.5 meter. Ciri uniknya adalah posisi pemanduan tengah, dengan satu tempat duduk yang tidak hanya mengoptimumkan ruang muatan tetapi juga memastikan keserasian dengan pasaran pemanduan kiri dan kanan.

Teknologi pengeluaran eksklusif Helixx termasuk perisian yang diperkuatkan oleh portfoli Xcelerator Siemens yang terkenal dalam industri. Ia telah direka dari prinsip-prinsip asas untuk menyederhanakan pengeluaran kenderaan elektrik komersial, dengan matlamat mengurangkan halangan keuntungan untuk menjadikannya komersial di seluruh dunia. Perisian Helixx menyediakan licensee dengan semua maklumat, rantaian bekalan, dan arahan yang diperlukan untuk membina kenderaan Helixx mereka sendiri dengan cekap tanpa batasan pengeluaran kenderaan warisan.
Setelah validasi dan maklum balas dalam pasaran terhadap Kenderaan Demonstrator, Helixx berada dalam kedudukan yang baik dalam jadual untuk memulakan pengeluaran Generasi Nol sebanyak 100 kenderaan di pusat pelancaran uji coba mereka di UK, sebelum pengeluaran kenderaan pelanggan dan pengeluaran kilang dimulakan di pusat konsep di Asia Tenggara.




