Rebellion Timepieces rakan rasmi Gulf Historic GP Revival

Rebellion Timepieces sah menjadi penaja utama Gulf Historic Dubai GP Revival pada tahun 2023. Mereka akan sekali lagi membawa gabungan inovasi dan gaya mereka ke acara berprestij ini selepas kejayaan cemerlang tahun sebelumnya.

Dianjurkan di Dubai Autodrome, tahun ini penmonton akan berpeluang untuk menonton Rebellion Oreca Rebellion R13 LMP1 2020, yang mencapai podium pada perlumbaan 24 jam Le Man edisi ke 88 dulu.

Kereta luar biasa ini akan beraksi dalam demonstrasi istimewa manakala pemenang pelbagai kategori perlumbaan akan menerima hadiah istimewa – jam tangan peringatan dari Rebellion Timepieces.

Menurut Rebellion, hadian ini bukan sekadar tentang memenangi perlumbaan, tetapi juga tentang menang dengan gaya dan meraikan semangat perlumbaan kenderaan klasik.

Gulf Historic Dubai GP Revival menjanjikan pengalaman meraikan gabungan dan sejarah bersama gaya sofistikated jentera lumbna klasik yang sangat unik.

Kaitan jam tangan dengan perlumbaan tidak asing kerana setiap sukan permotoran memerlukan sistem pemasaan yang tepat dan Rebellion Timepieces memahami hubungan ini dan mengambil peluang untuk menjadi rakan kongsi acara berprestij ini.

Kerjasama ini mewakili penggabungan kemahiran tukang jam dan kelajuan sukan permotoran. Ketepatan dan kecemerlangan adalah sangat penting dalam horologi dan perlumbaan, menjadikan kolaborasi ini sesuai di mana kepakaran bertemu dengan kuasa kuda.

Acara ini akan berlangsung antara 8-10 Disember, membolehkan peminat, rakan, dan pelanggan merasai perayaan unik perlumbaan motor di tengah-tengah Dubai. Dengan kategori baru dan jumlah kereta yang sudah mendaftar mencatat rekod, edisi 2023 ini dijangka akan menjadi lebih besar dan lebih baik daripada sebelumnya.

Rebellion Timepieces dan Gulf Historic Dubai GP Revival berkongsi semangat terhadap kejuruteraan berani dan pemanduan berani yang menentukan perlumbaan motor klasik. Ini adalah sebuah kemitraan yang mencakupi semangat acara luar biasa ini dan berjanji pengalaman spektakuler bagi semua yang terlibat.

Leave a comment