Gambar Tesla Robotaxi bocor

Bukanlah bocor sebenarnya gambar ini dikeluarkan melalui biografi Elon Musk dan ianya memang kelihatan seperti ada elemen cybertruck, seperti yang ada disebutkan sebelum ini.

Yang menariknya ia kelihatan seperti sebuah kenderaan kompak ataupun mungkin mikro yang hanya mempunyai dua tempat duduk dan ruang untuk dua beg besar.

Ini satu rekabentuk yang logikal kerana robotaxi selalunya hanya membawa seorang penumpang, kerana kalau kita naik teksi pun selalunya kita berseorangan ataupun berdua.#

Untuk perjalanan yang memerlukan lebih tempat duduk, Tesla boleh menawarkan model lain daaripada produk yang dihasilkan.

Kami rasa tujuan utama kenderaan robnotqaxi/Tesla model 2 ini sangat kecil ialah untuk menurunkan harga ataupun kos penghasilan produk bagi membolehkan ianya menjadi lebih popular kerana Tesla berhajat untuk menjual 20 juta kenderaan menjelang 2030.

Menghasilkan kenderaan kompak dengan harga berpatutan yang bersaing dengan kenderaan popular adalah satu satunya cara untuk mencapai sasa yang sangat tinggi tersebut.

Kenderaan ini mulanya dikatakan akan dibinma di MExico tetapi nampaknya Tesla dan Elon telah menukar fikiran dan akan mula menghasilkannya di kilang Giga Austin, Texas, Amerika Syarikat.

Ini kerana Elon percaya juruteraa rekabentuk perlu berada di kilang untuk memastikan mereka boleh terus menerus memperbaiki proses penghasilan dan juga rekebentuk dan ciri kereta yang emreka hasilkan. Dia tak yakin jurutera akan berpindah ke Mexico.

Dalam buku yang sama Elon dikatakan sangat teruja dengan pembangunan terkini sistem kenderaan tanpa pemandu yang mereka gelar FSD (Full Self Driving).

Dia mulanya mahnukan kenderaan yang direkabentuk 100% sebagai robotaxi, maksudnya dibina tanpa stereng, pedal mahupun cermin sisi, tetapi dipujuk oleh kumpulang pengurusan teratas untuk memilih rekabentuk dengna stereng kerana FSD mungkin memerlukan masa untuk dibenarkan di seluruh dunia.

Leave a comment