Sebanyak 234,000 kenderaan plugin didaftar pada bulan Julai di Eropah, meningkat sebanyak +48% berbanding tahun sebelumnya (YoY), pertumbuhan tertinggi dalam pasaran sejak Ogos 2021.
PAda masa yang sama pasaran keseluruhan juga berkembang tetapi tidak sama pesat, berkembang 17%.
Segmen kenderaan plugin Eropah pada bulan lepas adalah 23% (15% elektrik penuh/BEV). Keputusan itu menjadikan bahagian kenderaan plugin tahun 2023 adalah 22% (15% untuk BEV sahaja).

BEV terus mendapat momentum pada bulan Julai, meningkat 68% YoY, kadar pertumbuhan terbesarnya sejak Februari ’22.
Sementara itu, PHEV (+22%, kadar pertumbuhan tertinggi mereka tahun ini) juga mempunyai hasil yang menggembirakan pengeluar, ini membolehkan mereka terus bernafas sementara anjakan BEV berlaku.
Dengan peningkatan segmen plugin, yang lain mesti menurun, dan salah satunya adalah diesel, yang kini hanya memiliki 14% daripada pasaran kereta penumpang Eropah, jauh dari 50% bahagian yang dimilikinya pada tahun 2015 atau 55% purata yang dialaminya sebelum itu.
Pada kadar ini, dalam kategori ini, diesel dijangka akan pupus pada tahun 2027, jauh lebih awal sebelum larangan ICE pada tahun 2035.
Mari lihat lebih dekat 5 model BEV paling popular:
1. Tesla Model Y – Untuk bulan ke-9 berturut-turut, crossover Tesla adalah EV terlaris di Eropah. Pada bulan Julai, Model Y mempunyai 11,748 pendaftaran. Tahun ini boleh dianggap sebagai “Puncak Model Y” di Eropah.
Crossover saiz sederhana itu dijangka terus mencatatkan hasil yang serupa dalam suku-suku yang akan datang di Eropah – tetapi ada pemerhati berkata Model Y sudah mencapai had semulajadi pasaran.
Mereka juga merasakan Model 3 yang diperbaharui mungkin akan merampas jualan Model Y walaupun pembeli Eropah dilihat kurang berminat dengan sedan akhir-akhir ini.
Jualan Model Y di Eropah termasuk UK (2,280 unit), Jerman (2,067 unit), dan Perancis (1,631 unit), dengan negara-negara ini yang mencatatkan hasil empat digit.

2. VW ID.4 – Crossover Volkswagen sekali lagi meraih kedudukan podium pada bulan Julai dengan 8,681 pendaftaran.
Dengan ketersediaan pengeluaran yang meningkat, ID.4 kini memiliki daya saing yang mencukupi untuk bersaing di tempat kedua pada tahun 2023, dengan harapan untuk meningkatkan kedudukan ke-3 yang dicapainya tahun lalu.
Pasaran utamanya adalah pasaran asalnya, Jerman (2,941 pendaftaran), diikuti dengan jauh oleh UK (1,050 pendaftaran), dan Norway (975 unit).

3. Skoda Enyaq – Crossover Czech menawarkan nilai dalam arena EV, tetapi VW ID.4 kini adalah penjual terbesar platform MEB.
Model ini mencatatkan 7,228 jualan, prestasi yang menakjubkan untuk EV Skoda, terutamanya apabila kita mempertimbangkan bahawa Julai adalah bulan cuti di Eropah, mungkin kebanyakan pesaingnya sedang bercuti dan membolehkan Skoda memecut.
Pasaran terbesar adalah Jerman (1,896 unit), diikuti oleh Belanda (742 unit), Norway (724 unit), dan UK (696 unit).

4. MG4 – Hatchback kompak ini memenuhi sasaran MG, pada bulan Julai mencatat 6,433 pendaftaran.
Dengan penampilan tersendiri, pengendalian yang baik, dan kualiti kabin yang menderima pelbagai pujian, hatchback Sino-British ini adalah seperti Ford Focus elektrik yang tidak mahu dihasilkan oleh Ford.
Pasaran utamanya adalah pasaran asalnya, UK (1,850 pendaftaran), Jerman (1,193 pendaftaran), dan Perancis (1,083 pendaftaran), yang kebetulannya adalah tiga pasaran besar untuk hatchback.

5 Dacia Spring – Walaupun tidak mencapai tahap jualan rekod, kereta bandar Romania ini terus mencatat bulan yang positif, membolehkannya mengalahkan saingannya yang sengit, Fiat 500e, dan memenangi kategori kereta bandar pada bulan Julai.
Dengan 5,986 jualan, tahap terbaik dalam tahun ini, kereta bandar popular ini adalah kereta kesayangan kumpulan Renault dalam arena EV.
Hanya satu proiduik berjenama Renault muncul di dalam senarai, iaitu Megane EV, di tempat ke-19, tetapi angka jualannyua hanya separuh dari angka jualan Dacia Spring.
Perancis (2,127 pendaftaran) dan Jerman (1,818 pendaftaran) adalah pasaran terbesar jauh, diikuti dengan jarak jauh oleh pasaran tempat asal Romania (828 pendaftaran).
Jika dilihat tempat kesepuluh dan seterusnya, Mercedes EQA persembahan terbaik model Jerman itu setakat ini dengan 3,673 pendaftaran, mengakhiri bulan di atas pesaingnya yang hebat, BMW iX1, yang berada di tempat ke-16 dengan 3,454 pendaftaran.
Model i4 kekal sebagai BMW yang berada di tempat tertinggi dalam jadual.
Menariknya, BMW, Mercedes, dan Audi menikmati jualan tertinggi dalam segmen crossover kompak mereka (BMW iX1, Mercedes EQA, dan Audi Q4 e-tron), yang menceritakan banyak tentang minat pasaran semasa.
Mungkinkah ini kesan lubuk jualan yang dicipta oleh Tesla di pasaran SUV saiz sederhana?
Adakah ini hanya satu fasa, diikuti oleh pemulihan untuk tiga jenama besar Jerman atau adakah mereka sudah kehilangan pelanggan tetap mereka untuk selamanya?


