Sekarang hampir semua jenama cuba menghasilkan aplikasi untuk produk mereka, tak kurang juga pengeluar kereta dan kali ini PHS Automotive Malaysia (PHSAM) telah memperkenalkan myAudiWorld.
Aplikasi myAudiWorld menawarkan pelbagai ciri untuk meningkatkan pengalaman pemilikan dengan lebih mudah dan menarik.
Aplikasi ini membolehkan pemilik Audi mengakses perkhidmatan seperti penjadualan temu janji servis, tawaran eksklusif, dan promosi terkini, serta mencari lokasi Pusat Servis Audi terdekat.
Pengarah Urusan PHSAM, Denyu Bostandzhiev, menyatakan aplikasi ini memperlihatkan komitmen Audi Malaysia terhadap perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan inovasi berorientasikan pelanggan.
“Ciri-ciri aplikasi myAudiWorld, termasuk penjadualan temu janji servis, tawaran eksklusif, dan lokasi pengedar, memberikan kemudahan kepada pemilik Audi untuk menjaga kenderaan mereka dalam keadaan terbaik,” kata Denyu.

Aplikasi ini juga memberikan perkhidmatan penjagaan untuk kereta Audi yang berusia lima tahun ke atas.
Ciri-ciri utama aplikasi myAudiWorldApp termasuk:
- Penjadualan Temu Janji Servis: Memudahkan pelanggan menjadual temu janji servis di pusat servis Audi pilihan mereka.
- Tawaran Eksklusif: Menawarkan tawaran khas dan promosi eksklusif kepada pemilik berdasarkan minat dan sejarah kenderaan mereka.
- Lokasi Pengedar: Memudahkan pemilik mencari dan navigasi ke Audi Centre terdekat.
- Lokasi Pengecasan EV: Membantu pemilik kereta elektrik Audi mencari kemudahankesan pengecasan EV.
- Peringatan Servis: Mengingatkan pemilik tentang penyelenggaraan kenderaan yang telah dijadualkan.
- Bantuan Kecemasan: Menyediakan akses mudah ke bantuan kecemasan 24 jam.
- Berita dan Kemas Kini: Menyampaikan berita terkini dan kemas kini daripada Audi Malaysia.
Aplikasi myAudiWorld kini boleh dimuat turun untuk peranti Android, Huawei, dan iOS. Untuk muat turun aplikasi, sila ikut pautan ini: https://www.audi.com.my/aftersales/myaudiworld-app

