
PETALING JAYA, 29 Ogos 2023 – Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini menghantar ucapan Hari Merdeka kepada pihak media, dan dalam e-mel tersebut, mereka melampirkan gambar sebuah kenderaan yang bakal menyertai perarakan pada 31 Ogos di Putrajaya.
Dalam gambar tersebut, kita dapat melihat dengan jelas running board kenderaan itu. Berdasarkan pandangan visual ini, model ini dengan jelas merupakan anggota siri EQ kerana ia mempunyai ruang untuk cecair cuci cermin hadapan terletak di antara tayar dan pintu hadapan.
Ramai yakin bahawa apabila model ini dilancarkan kelak, ia berpotensi menjadi SUV EV paling mewah dalam pasaran.

