Promosi Besar-Besaran ‘Massive Deals for Merdeka’ oleh Ducati Malaysia

Kepada semua peminat jenama motosikal Ducati, mereka sekali lagi mengajak korang semua untuk terbit ke bilik pameran dan membuka dompet seluas luasnya untuk mengambil peluang yang hebat termasuk harga runtuh.

Ducati Malaysia mengadakan promosi besar-besaran ‘Massive Deals for Merdeka’ sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia dengan memberikan tawaran yang sukar ditolak kepada semua peminat jenama dua roda Itali tersebut tak kira yang sudah memiliki atau baru merancang menjadi ahli keluarga mereka.

Tawaran ini termasuk diskaun tunai sehingga RM8,000 bagi model-model tertentu sehingga 30 September 2023.

Kempen ini juga menyediakan peluang kepada calon pemilik untuk menjalani uji pandu dengan unit uji khas. Kalau tak pandu uji macamana nak merasai pengalaman sendiri menunggang jentera mereka dan mendalami gaya hidup dan semangat keluarga Ducati.

Ducati Malaysia juga menawarkan promosi menarik dengan diskaun sehingga 35% bagi barangan resmi seperti pakaian, barangan, perkhidmatan Desmo, aksesori, dan alat ganti tulen. Ini termasuk pakaian pemanduan, pakaian gaya hidup, dan aksesori Ducati yang merefleksikan keunggulan jenama ini. Ducati Malaysia menyediakan pelbagai pilihan untuk musim Merdeka ini.

Leave a comment