
Menurut laporan Bernama permulaan penguatkuasaan peraturan ini adalah berikutan dari pemindaan kepada Peraturan Pindaan Perlindungan Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel) 2022.
Tujuan peraturan ini adalah untuk memberi maklumat yang tepat kepada pengguna agar mereka dapat membuat keputusan yang berinformasi ketika memilih bengkel dengan mekanik yang berkelayakan.
Pengendali bengkel juga perlu menyatakan dengan jelas kategori alat ganti yang digunakan untuk pembaikan atau pengubahsuaian kenderaan, sama ada baru, terpakai, atau direkondisi, agar pengguna mengetahui apa yang digunakan dalam pembaikan atau pengubahsuaian kenderaan mereka.
Pindaan ini sebenarnya telah dimuktamadkan pada 22 Jun 2022, dan penguatkuasaannya ditangguhkan selama setahun dari 1 Julai 2022 hingga 1 Julai 2023 bagi memberi masa kepada pihak yang terlibat untuk bersedia menghadapi perubahan tersebut.
Mulai 1 Julai 2023, Peraturan Pindaan Perlindungan Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel) 2022 akan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara, dan tindakan boleh diambil jika terdapat pelanggaran yang melanggar Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599).
Pendapat kami
Perkembangan ini sangat bagus untuk industri bengkel di Malaysia kerana ia akan meningkatkan tahap keupayaan bengkel untuk memberi perkhidmatan terbaik dan memastikan mereka menawarkan peluang pekerjaan kepada mekanik yang layak dan berpengalaman.

