
Mercedes-Benz Malaysia dan rakan pengedar telah mencapai persetujuan untuk melaksanakan model agensi, dengan matlamat untuk mengubah pengalaman peruncitan dan memenuhi keperluan pelanggan yang berubah di era digital.
Pelaksanaan model agensi, yang membolehkan jualan langsung dijangka berlaku di Malaysia pada September 2023, menjadikan kita negara pertama ASEAN menggunakan model jualan terbaru ini.
Model perniagaan baru ini bertujuan untuk memberikan perjalanan pembelian yang lancar kepada pelanggan, menawarkan satu harga terbaik dan kebebasan untuk memilih dari stok nasional tanpa mengira lokasi atau saluran.
Pembeli boleh memilih dari satu punca pusat setiap unit yang ada dalam sistem jualan ejenama tersebut

Rakan peruncit Mercedes-Benz akan terus memainkan peranan penting sebagai pakar dan duta jenama, menawarkan pengalaman mewah kepada pelanggan di rangkaian peruncit mereka.
Model agensi membolehkan rakan peruncit menumpukan lebih kepada sokongan pelanggan, sementara pelanggan tetap dapat menikmati pelbagai perkhidmatan termasuk jualan kenderaan, pilihan pembiayaan, perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan, ketersediaan alat ganti asli, dan sokongan waranti, yang memastikan pengalaman pemilikan yang menyeluruh.
Australia antara pasaran Asia Pasifik yang awal menggunakan model agensi sejak Januari 2022, di mana Mercedes-Benz memiliki inventori kenderaan dan menetapkan harga.
Peniaga dibayar yuran tetap setiap kali mereka menjual sebuah kenderaan, dan mereka tidak mempunyai keupayaan untuk berunding tentang harga. Ini berbeza dengan model pengedar tradisional, di mana pengedar memiliki inventori dan menetapkan harga sendiri.
Terdapat beberapa kelebihan model agensi bagi Mercedes-Benz. Pertama, ia membolehkan syarikat mempunyai lebih banyak kawalan terhadap harga. Ini dapat membantu mengelakkan penurunan harga yang boleh merosakkan nilai jenama.
Kedua, model agensi dapat meningkatkan pengalaman pelanggan. Pelanggan boleh yakin bahawa mereka mendapatkan harga terbaik untuk kenderaan Mercedes-Benz, dan mereka tidak perlu berunding dengan pengedar.
Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan model agensi bagi pengedar. Pertama, mereka tidak lagi mempunyai keupayaan untuk mendapatkan keuntungan daripada jualan kenderaan.
Satu-satunya sumber pendapatan mereka adalah yuran tetap yang diterima setiap kali penyerahan kenderaan, yang biasanya lebih rendah daripada keuntungan yang akan mereka peroleh dalam model pengedar tradisional.
Kedua, pengedar mempunyai kawalan yang lebih terhad terhadap perniagaan mereka. Mereka tidak dapat menetapkan harga sendiri dan mereka harus mengikuti panduan jualan dan pemasaran Mercedes-Benz.
Kelebihan kepada pengedar ialah mereka tidak memerlukan modal begitu besar uintuk membeli inventori.
Keseluruhan, model agensi merupakan perubahan penting bagi Mercedes-Benz Australia dan pengedar mereka. Masih belum dapat dipastikan sama ada kelebihan model agensi akan melebihi kelemahan untuk kedua-dua pihak.

