Volvo Trucks Malaysia melancarkan trak elektrik berat sepenuhnya, menjadi trak berat eletrik pertama di rantau Asia Tenggara.
Swift Haulage Berhad menjadi pengguna awal trak elektrik Volvo, memperlihatkan peranan Volvo dalam pemindahan industri ke elektromobiliti.
Trak eletrik Volvo menyokong penurunan karbon net sambil meningkatkan keselamatan dan kecekapan dalam sektor pengangkutan dan logistik.

Volvo Trucks Malaysia (Volvo Trucks) secara rasmi melancarkan trak elektrik berat sepenuhnya di Malaysia, menjadi trak berat elektrik pertama yang diperkenalkan di rantau Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, Volvo Trucks turut mendapatkan pengguna awal pertamanya, penyedia logistik terintegrasi, Swift Haulage Berhad. Pengumuman ini menonjolkan peranan pengeluar trak Sweden dalam mempercepatkan pemindahan industri ke elektromobiliti, selaras dengan aspirasi net karbon sifar negara.
“Keselamatan merupakan realiti kami dan peralihan kepada tenaga elektrik bukanlah pilihan tetapi permintaan masa kini. Kepimpinan kami dalam elektromobiliti membuktikan komitmen Volvo Trucks terhadap kebajikan manusia, keselamatan, dan pengurangan karbon dalam melindungi alam sekitar,” jelas Johan Selvėn, Naib Presiden Antarabangsa, Jualan dan Pemasaran Trak Volvo Trucks.

“Sektor pengangkutan dan logistik adalah bidang penting dalam mencapai karbon net sifar. Kami gembira memperkenalkan teknologi di sebalik trak eletrik berat sepenuhnya kami yang menyokong impak iklim rendah, meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya, dan mencipta persekitaran kerja yang lebih baik untuk pemandu. Walaupun perjalanan ke arah dekarbonisasi adalah mencabar, kami terus berkongsi kepakaran kami dalam penggunaan tenaga lestari dan mengatasi cabaran infrastruktur melalui kerjasama dengan kerajaan dan industri,” kata Pengarah Urusan Volvo Trucks Malaysia, Anthony O’Connell.
Dekarbonisasi dalam segmen pengangkutan dan logistik
Dalam taklimatnya mengenai industri ini, Volvo Trucks menekankan bahawa emisi dari satu trak berat adalah setara dengan emisi dari sehingga 47 unit kenderaan penumpang. Analisis perbandingan tersebut menunjukkan keperluan yang lebih besar bagi pihak berkepentingan dari peringkat dasar hingga operasi untuk merancang ekosistem kenderaan elektrik (EV) yang kondusif dan menarik bagi pemain dalam segmen pengangkutan dan logistik.
“Kerajaan sedar bahawa penggunaan EV komersial seperti trak dan bas masih rendah di Malaysia. Oleh itu, kami menghargai kepimpinan, komitmen, dan pelaburan Volvo Trucks dalam menjadikan industri logistik lebih lestari, terutamanya dengan menyokong agenda net sifar Rancangan Induk Perindustrian Baharu 2030. Perkongsian teknologi Volvo Trucks juga akan membantu memajukan pengetahuan kolektif mengenai EV komersial di Malaysia, membuka jalan kepada industri EV yang lebih dinamik yang boleh mengeksplotasi potensi EV ASEAN sebanyak USD2.7 bilion menjelang 2027, meningkatkan rangkaian bekalan SME EV domestik dan menyediakan pekerjaan berbayar tinggi kepada rakyat Malaysia,” kata Tengku Zafrul.



“Kami berterima kasih kepada Volvo Trucks atas usaha berterusan untuk membantu segmen ini dalam peralihan kepada armada kenderaan komersial yang lebih hijau,” kata YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.
“Kelestarian sentiasa menjadi keutamaan utama Swift. Saya bangga mengumumkan bahawa Swift akan menjadi syarikat pengangkutan pertama di Malaysia yang memperoleh dan menggabungkan trak eletrik berat ke dalam armada kami. Kami percaya teknologi ini akan merevolusikan industri, dan kami bersemangat untuk memimpin jalan ke arah masa depan yang lebih cerah, lebih cekap, dan lebih lestari. Kami berkomitmen untuk menggantikan sebahagian besar armada kami dengan EV menjelang 2030,” kata Loo Yong Hui, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swift Haulage Berhad.

Direka untuk industri yang lebih lestari, persekitaran kerja yang lebih baik untuk pemandu
Pelancaran rasmi menandakan kedatangan model trak eletrik Volvo FM, FH, dan FMX. Trak eletrik Volvo direka dengan pelbagai konfigurasi paksi untuk pelbagai aplikasi dan segmen. Ini disokong oleh konfigurasi bateri yang boleh disesuaikan dengan penyimpanan tenaga keseluruhan sehingga ~540 kWh. Trak juga mempunyai jarak perjalanan anggaran hingga 300km. Dalam hal pengisian, pengecas arus terus (AC) di atas trak (43 kW) memerlukan kira-kira sepuluh jam untuk mengisi bateri daripada kosong ke penuh. Sementara itu, dengan pengecas arus terus (DC) (maksimum 250 kW), masa pengisian dapat dikurangkan menjadi kurang daripada dua jam.
Berdasarkan ujian bebas, trak eletrik berpotensi menggunakan 50% tenaga kurang berbanding enjin diesel Volvo FH dalam keadaan memandu yang sama, memberikan keberkesanan bahan api yang lebih baik untuk melalui jarak yang sama.
Menyedari perspektif pemandu yang biasanya bekerja dalam jam yang panjang, trak eletrik Volvo menawarkan persekitaran tanpa bunyi enjin yang rendah frekuensi dan getaran di dalam kabin. Ciri ini meningkatkan keselamatan kerana pemandu dapat mendaftarkan bunyi di sekeliling trak dan boleh ber
komunikasi dengan rakan sekerja dengan mudah, contohnya ketika bekerja di sekitar kawasan luar trak. Hasilnya, tercipta persekitaran yang lebih santai bagi pemandu trak berat. Dengan sifar emisi ekzos, trak eletrik menyumbang kepada impak iklim rendah apabila menggunakan tenaga elektrik dari sumber terbaharui. Trak eletrik juga membuka jalan kepada peluang logistik baru, seperti kemungkinan penghantaran barang pada awal pagi atau waktu malam dengan impak bunyi yang lebih rendah dan penghantaran di dalam bangunan.
Membina Ekosistem Eletrik Malaysia
Volvo Trucks percaya bahawa pendekatan pelbagai pihak adalah kunci kepada pembinaan ekosistem eletrik Malaysia. Dalam semangat ini, pengeluar trak Sweden ini bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan, pembekal tenaga, dan rakan kongsi seperti Malaysian Green Technology And Climate Change (MGTC) untuk membantu mengatasi cabaran infrastruktur. Ini termasuklah bekerjasama dengan pengendali lebuh raya, PLUS Expressways Berhad, untuk menyediakan pengetahuan teknikal mengenai infrastruktur pengecasan kenderaan komersial.

Melalui kerjasamanya dengan MGTC, Volvo Trucks akan didaftarkan dalam direktori MyHijau, inisiatif kerajaan untuk menggalakkan perolehan produk dan perkhidmatan hijau oleh pelbagai pemain industri di Malaysia. Trak Eletrik Volvo dijangka akan menerima tanda pengiktirafan MyHIJAU, skema pengiktirafan produk hijau di Malaysia berdasarkan piawaian keselamatan, kualiti, dan prestasi oleh MGTC. Sebagai sebahagian daripada tanda MyHijau, syarikat yang membeli Trak Eletrik Volvo akan layak mendapat manfaat daripada program insentif cukai teknologi hijau seperti Elaun Teknologi Pelaburan Hijau (GITA).
Kedua, Volvo Trucks menyediakan analisis kos pemilikan keseluruhan kepada pelanggan berdasarkan keperluan logistik yang boleh disesuaikan. Ketiga, Volvo Trucks memanfaatkan teknologi terkini untuk menyediakan latihan dan sokongan bagi mendidik pengendali trak, pemandu, dan staf penyelenggaraan mengenai teknologi EV, prosedur penyelenggaraan, dan amalan terbaik.
Akhirnya, Volvo Trucks bekerjasama erat dengan pelanggan untuk membangunkan penyelesaian yang disesuaikan, termasuk pilihan pembiayaan fleksibel oleh institusi kewangan. Usaha juga merangkumi perkongsian dengan syarikat dalam sektor tenaga terbaharui untuk menyediakan penyelesaian pengecasan yang lestari.

Dengan komitmen kerajaan untuk memasang lebih banyak stesen pengecasan menjelang 2025, Volvo Trucks berharap agar pengangkutan dan logistik, yang menjadi urat nadi ekonomi negara, diberikan pertimbangan yang lebih besar. Volvo Trucks juga gembira dengan minat yang semakin meningkat dari pasaran Malaysia, terutamanya dalam segmen logistik, menyusul pelancaran trak eletriknya.

