Sime Darby Motors mengukuhkan kedudukannya dalam sektor EV dengan pelantikan 14 rakan pengedar BYD.
Jumlah pengedar BYD di Malaysia kini berjumlah 21 dengan kehadiran Sime Darby Beyond Auto.
Pengedar baharu melawat Ibu Pejabat BYD dan melihat keupayaan R&D serta produk inovatif BYD.

Sime Darby Motors, pengedar tunggal kenderaan BYD di Malaysia, telah mengambil langkah berani dalam sektor kenderaan elektrik (EV) yang pesat berkembang. Menerusi pelantikan 14 rakan pengedar baru, Sime Darby Motors telah memperluas rangkaian pengedar BYD di seluruh Malaysia. Dengan demikian, rangkaian semasa sekarang berjumlah 21 pengedar BYD.
Majlis tandatangan pengedar kumpulan ini diadakan di Ibu Pejabat BYD di Shenzhen, China. Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Bahagian Peruncitan & Pengedaran Sime Darby Motors Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau, telah menandatangani perjanjian bersama pemilik rakan pengedar. Majlis ini turut disaksikan oleh Liu Xueliang, Pengurus Besar Bahagian Jualan Kenderaan BYD Asia Pacific, Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia, dan pasukan BYD.

Rakan pengedar baru berpeluang untuk mengunjungi Ibu Pejabat BYD dan melihat secara dekat keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang mengagumkan serta rangkaian produk inovatif BYD yang terkini.
Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Bahagian Peruncitan & Pengedaran Sime Darby Motors Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau, berkata, “Pengumuman ini menunjukkan kemajuan yang pesat dalam waktu hanya enam bulan sejak pelancaran BYD di Malaysia. Kini, kami mempunyai 21 pengedar yang beroperasi untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap EV. Ini membuktikan keyakinan kami terhadap prospek EV di industri automotif Malaysia dan komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan kepada pasaran.”
Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd, dalam majlis tandatangan ini berkata, “Perjanjian antara Sime Darby Motors dan BYD merupakan satu langkah ke hadapan dalam revolusi automotif hijau. Ia menunjukkan dinamik industri yang berubah. Dalam perkembangan kerjasama ini, kami berhasrat untuk membawa teknologi lanjutan dan pengalaman pengguna yang lebih baik. Ini akan mendorong industri ke arah masa depan yang lebih hijau, cekap, dan lestari.”

