
- Naik taraf termasuklah ciri Bantuan Hadapan, Kawalan Jelajah Adaptif, dan pengecas tanpa wayar.
- Harga bermula RM165,990 untuk Life, RM194,990 untuk Elegance, dan RM245,990 untuk R-Line.
Setelah sekian lama kita bangkitkan isu ketiadaan sistem bantuan pemandu pintar, akhirnya Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan peluncuran IQ.DRIVE pada keluarga Tiguan Allspace.
Tiguan Allspace telah ditingkatkan dengan berbagai fitur IQ.DRIVE, termasuk Bantuan Hadapan (Front Assist), Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control), Bantuan Sisi (Side Assist), Amaran Lintasan Trafik Belakang (Rear Cross Traffic Alert), dan Bantuan Lorong (Lane Assist) untuk memberikan perjalanan yang lebih nyaman dan aman bagi para pemandu.
Fitur perngecas tanpa wayar juga menjadi ciri piawai untuk semua varian.
Kabin ketiga varian ini juga dipertingkatkan dengan ciri Digital Cockpit dan sistem hiburan 9.2 inci Discover Pro dengan App-Connect tanpa kabel.
Selain itu, ia kini dibekalkan dengan piawai sistem pendingin udara 3 zon ‘Air Care Climatronic’, pintu belakang elektrik, kamera belakang multi-pandangan, soket pengecaj USB-C, sambungan tanpa wayar Apple CarPlay, Android Auto serta kawalan suara.
KEsemua varian ditawarkan dalam lima warna pilihan; kelabu (Platinum Grey), perak (Pyrite Silver), putih (Oryx White), biru (Atlantic Blue), dan hitam (Deep Black).
Gaya R-Line dilengkapkan dengan rim aloi Sebring berukuran 19″.
Jentera kekal dengan turbo 2.0TSI dengan tenaga 220PS dan tork 350Nm yang dipadankan dengan transmisi DSG 7-kelajuan.
Varian flagship juga dilengkapi dengan sistem audio digital Harman Kardon 480W yang terdiri dari satu amplifier 16 saluran dan suara surround. Sistem ini menerbitkan akustik melalui 10 pembesar suara.
Mereka yang memilih Tiguan Allspace Elegance dan Allspace Life boleh menikmati jentera turbo 1.4TSI yang menghasilkan 150PS dan 250Nm yang dipasangkan dengan transmisi DSG 6-kelajuan.
Kombinasi ini menjanjikan pengalaman pemanduan yang selesa dan kecekapan bahanapi yang agak bagus pada sekitar 7.7L/100km.
Ketiga-tiga varian itu kini ditawarkan dengan Pakej Jaminan Volkswagen (VAP) yang memberikan pelanggan jaminan lanjutan tanpa had perbatuan dan penyelenggaraan selama 3 tahun.
Bergantung kepada model terpilih, VAP adalah bernilai dari RM8,000 hingga RM10,000. Pelanggan yang tidak mahu membeli pakej jaminan itu akan menerima jaminan tanpa had perbatuan selama 2 tahun dan bantuan tepi jalan untuk 5 tahun.


