Jualan Proton meningkat 28.6% pada separuh pertama 2023

Proton mencatatkan peningkatan besar jualan separuh pertama tahun ini dengan 77,321 unit, peningkatan 28.6% berbanding tahun sebelumnya, prestasi terbaik sejak 2012 dan tiga kali ganda lebih tinggi daripada industri.

Pegangan pasaran di bulan Jun mencecah 23.2%.

Jualan lima model menerajui segmen dimana X90 menjadi peneraju SUV segmen D baharu.

Penyerahan X90 meningkat lebih daripada empat kali ganda pada Jun berbanding bulan Mei.

Proton Saga dan Persona mendahului segmen masing-masing, Saga mencatatkan prestasi terbaik sejak 2012. Proton X50 kekal popular sebagai SUV paling diminati di Malaysia sejak dilancarkan pada Oktober 2020. Proton Exora berjaya di pasaran MPV segmen-C, meningkat 21.5% dalam jualan, manakala Proton Iriz mencatatkan peningkatan 58.6% dalam jualan.

Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar berkata, “Kami yakin untuk separuh kedua tahun ini, PROTON akan meneruskan pertumbuhan dengan produk berkualiti tinggi, strategi promosi, melancarkan kemasukan ke pasaran EV Malaysia dengan PRO-NET dan meningkatkan lagi kualiti produk dengan pelaburan yang diumumkan tahun ini.”

“Prestasi PROTON pada separuh pertama tahun 2023 patut diberi perhatian kerana kami mencapai permulaan tahunan yang terbaik sejak tahun 2012 dan juga berada di landasan untuk pertumbuhan jualan bagi tahun kelima berturut-turut.

“Angka-angka itu menunjukkan permintaan untuk produk kami kekal kukuh walaupun unjuran pengurangan kuasa beli untuk pengguna, dan ini terbukti dengan kadar pertumbuhan kami yang mengatasi pasaran keseluruhan lebih tiga kali ganda.

“Ia juga menunjukkan bahawa strategi kami menawarkan produk berkualiti tinggi dengan teknologi ketersambungan pada harga yang berbeza-beza membolehkan kami meliputi sebahagian besar pembeli kereta Malaysia.

“Untuk separuh kedua tahun ini, PROTON yakin kami mempunyai produk dan strategi promosi untuk meneruskan trajektori pertumbuhan kami. Kami juga akan melaksanakan rancangan kami untuk mengemas kini rangkaian kami, melancarkan kemasukan kami ke pasaran EV Malaysia dengan PRO-NET dan meningkatkan lagi kualiti produk kami melalui pelaburan yang diumumkan tahun ini untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran kami,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

Leave a comment