Toyota recall 96,00 Corolla Cros di US kerana kesilapan pada papan pemuka – beg udara mungkin tak beroperasi dengan betul

Kesalahan pengeluaran dalam panel instrumen melibatkan lebih kurang 96,000 SUV Corolla Cross di Amerika Syarikat

Isu tersebut terletak pada airbag penumpang hadapan yang mungkin tidak berfungsi dengan betul disebabkan oleh kesalahan dalam pengeluaran panel instrumen di mana airbag itu terletak.

Akibatnya, terdapat peningkatan risiko kecederaan semasa kemalangan. Untuk menyelesaikan isu ini, ejen-ejen akan memeriksa dan menggantikan panel instrumen yang perlu, secara percuma.

Sehingga kenderaan dihantar untuk pemeriksaan dan penggantian komponen, Toyota mengesyorkan kerusi penumpang tidak digunakan.

Toyota akan mula memberitahu pemilik-pemilik menjelang akhir Julai.

Buat masa sekarang masih belum ada sebarang maklumat samada pembeli di Malaysia perlu risua mengenai masalah ini kerana model Corolla Cross dipasang di banyak kilang seluruh dunia dan recall ini mungkin hanya melibatkan kilang tertentu sahaja.

Leave a comment