Public Bank akan biaya pembelian Perodua tignkatkan biaya EEV dari RM25 billion kepada RM33 billion

Public Bank Berhad dan Perodua Sales Sdn Bhd (Perodua) telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) untuk menyediakan kemudahan pembiayaan kepada peniaga Perodua yang sah. MoC ini bertujuan untuk memberikan akses kepada peniaga Perodua untuk menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan yang lengkap kepada pelanggan.

Majlis penandatanganan MoC ini berlangsung pada 25 Mei 2023 di Menara Public Bank dan dihadiri oleh pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif Public Bank, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tay Ah Lek, timbalan ketua pegawai eksekutif Public Bank, Dato’ Chang Kat Kiam, presiden dan ketua pegawai eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, ketua pegawai operasi Perodua, En. JH Rozman Jaafar, serta kakitangan pengurusan kanan dari kedua-dua syarikat.

Kerjasama ini membolehkan Public Bank menyediakan perkhidmatan pembiayaan secara dalam talian kepada peniaga Perodua melalui antaramuka digital. Peniaga boleh menghantar permohonan pembiayaan akhir sewa beli secara atas talian dan memuat naik dokumen permohonan asas, serta menyemak status permohonan.

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tay Ah Lek dalam ucapannya menyatakan sokongan Public Bank terhadap pertumbuhan industri Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) di Malaysia. Public Bank telah memperuntukkan lebih daripada RM30 bilion untuk pembiayaan EEV tempatan menjelang akhir tahun 2022. Selaras dengan itu, Public Bank meningkatkan sasaran pembiayaan EEV daripada RM25 bilion kepada RM33 bilion menjelang tahun 2025.

Beliau menekankan bahawa Public Bank dan Perodua mempunyai potensi untuk bersinergi dan terus bekerjasama dalam mengembangkan perniagaan masing-masing serta memberi sumbangan positif kepada inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Dalam penutup, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berharap kerjasama ini akan membawa kedua-dua organisasi ke tahap yang lebih tinggi dan memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan Perodua. Public Bank juga komited untuk menyumbang kepada pertumbuhan kelestarian masyarakat dan industri automotif negara.

Leave a comment