Neta sah masuk ke Malaysia

Jenama yang menawarkan produk EV mampu milik Neta, sah akan masuk ke passaran Malaysia setelah melantik Intro Synergy Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat milik GoAuto Group Sdn Bhd sebagai pengedar tunggal.

Perlantikan tersebut akan berkuat kuasa dalam lima tahun dan mereka dikatakan akan melabur sebanyak RM300 juta untuk membangunkan kilang pembuatan kenderaan tenaga baru, rangkaian jualan dan selepas jualan.

Intro Synergy akan memperkenalkan NETA V untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. NETA V merupakan salah satu model paling kompak dalam siri NETA dan disebabkan keunikan-keunikannya seperti rekaan tanpa butang untuk memudahkan pemanduan, dalaman minimalis dengan tempat duduk ergonomik dan rekaan luar yang elegan terutamanya ciri rekaannya yang menonjol seperti lampu had laser mata helang, spoiler belakang bersifat sporty dan rekaan streamline ikan lumba-lumba.

“Kami bersemangat untuk mengumumkan membawa kenderaan elektrik inovatif kami dengan harga yang berpatutan dan kompetitif kepada lebih ramai pelanggan di Malaysia. Kami berharap jenama ini akan diterima dengan baik oleh masyarakat dan seterusnya meningkatkan penerimaan EV di Malaysia,” kata Dato’ SM Azli, Pengerusi Kumpulan Go Auto.

Rakyat Malaysia boleh menyaksikan kemunculan eksklusif NETA di Malaysia Autoshow 2023, bersama-sama dengan pelancaran soft NETA V. Pengunjung akan mempunyai peluang untuk melihat dan mengalami inovasi terbaru dalam pengangkutan lestari.

“Kami percaya ia akan menawan pengunjung di autoshow yang akan datang,” tambahnya.

Acara tersebut dijadualkan berlangsung dari 4 Mei hingga 7 Mei 2023. Bagi pelanggan awal, mereka yang membuat tempahan semasa acara akan menikmati harga yang jauh lebih rendah. Sila ikuti dan langgan media sosial NETA untuk maklumat lanjut.

Leave a comment