
Modenas mengumumkan pembaharuan untuk varian Kriss 110 dan Kriss 110 “Disc Brake” 2023.
Moped kegemaran sepanjang zaman itu menerima beberapa ciri baharu termasuk lampu depan yang direka bentuk baharu serta port pengecasan USB untuk kemudahan penunggang.

Selain itu, kedua-dua varian juga menerima warna dan skema grafik baharu yang dikemas kini dengan harga mampu milik baharu:
Motosikal ini menampilkan enjin dengan teknologi EEV, satu silinder, 4 lejang, SOHC, 108 cc, yang menghasilkan kuasa maksimum 4.9 kW (6.57 hp) / 8000 RPM dan tork maksimum 6.7 Nm / 6000 RPM.




Kedua-dua model ini didatangkan dalam tiga warna dan harga berbeza, kedua-duanya akan tiba di semua pengedar sah MODENAS menjelang minggu ini.

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi MODENAS di https://modenas.my/v2/ atau hubungi Talian Bebas Tol di 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-570 8135.













