Tempahan dibuka untuk Vios 2023

Harini kami terima satu set gambar teaser Toyota Vios 2023 dan rekebentuk bari luar dan dalaman kereta ini dijangka akan mendapat sambutan yang bagus dari pasaran

Toyota juga memberitahu bahawa buku tempahan untuk model baru ini dibuka serta merta dan siapa yang ingin boleh meletakkan duit muka di setiap pusat jualan sah Toyota di Malaysia.

Kalau Vios sebelum ini kelihatan konvensional sedan tetapi kali ini lakaran bumbung vios lebih iras kepada sebuah fastback yang lebih ranggi.

Pencirian depan dan belakang juga kelihatan lebih ranggi dan selari dengan gaya terkini Toyota dan rupa lebih moden ini akan boleh mencabar pesaing dalam kelas ini.

Perubahaan rekabentuk lampu juga membantu menghasilkan gaya yang lebih bertenaga di bahagian depan supaya seimbang dengan gaya fastback yang berjiwa muda.

Jarak gandar yang lebih panjang dan tayar yang lebih besar dan memenuhi ruang roda membantu membina imej yang lebih sasa dan bertenaga.

Vios 2023 dilengkapkan dengan enjin terbukti 1.5 liter DOHC Dual VVT-i yang ditingkatkan untuk memberikan prestasi yang lebih kuat sementara CVT 7-kelajuan yang baru dengan Sequential Shiftmatic memberikan pecutan yang lebih bertenaga disamping meningkatkan kecekapan bahan api.

Pemandu akan dapat menikmati ruang yang lebih selesa dengan reka bentuk semula untuk posisi pemanduan.

Ciri baharu seperti Paddle Shifters dan Brek Parking Elektronik menambah kemudahan dalam memandu. Lebih daripada sekadar sentuhan elegan, Toyota Vios yang baru kini memancarkan pengalaman premium, dengan penggunaan bahan yang lebih baik dan lebih lembut di seluruh kabin.

Toyota Safety Sense (TSS) menawarkan ciri keselamatan yang lebih baik untuk pemandu dan penumpang menggunakan teknologi yang maju. TSS memberi amaran kepada pemandu mengenai bahaya dan juga bertindak secara autonomi untuk mencegah atau mengelakkan kemalangan.

UMW Toyota Motor akan mendedahkan spesifikasi yang lebih menarik selepas pelancaran. Sebagai model teras untuk UMW Toyota Motor, Vios sentiasa menjadi sedan yang berbaloi, dipercayai, dan lengkap dengan ciri di negara ini dengan lebih daripada 505,000 unit dijual sejak dilancarkan.

Toyota Vios yang baru hadir dalam dua varian – 1.5 G (AT) advanced dan 1.5 E (AT) value deal – dalam 5 pilihan warna dengan Spicy Scarlet sebagai pilihan baru. Semua model Vios baru dilengkapi dengan jaminan 5 tahun dan jarak perjalanan tanpa had.

Pemilik juga menikmati 24SEVEN Road Assist dan 3 tahun langganan percuma untuk Toyota Vehicle Telematics System yang memantau lokasi kereta pada setiap masa. Hubungi Toyota melalui nombor bebas tol kami untuk maklumat lanjut atau bantuan lanjut dengan menekan 1-800-8-TOYOTA (1800-8-869682).

Leave a comment