Jualan Chery mengatasi 1.1 juta unit, ekspot meningkat 70.9%

Pada November 2022, jumlah jualan Kumpulan Chery mencatat 100,531 unit, menjadikan bulan yang keenam berturut-turut di mana jualan melebihi 100,000 unit.

Dalam 11 bulan pertama 2022, Chery telah menjual 1,127,289 unit (+32,6% tahun ke tahun), mencapai prestasi terbaik dalam sejarahnya, dan dengan jumlah eksport meningkat sebanyak 70,9%, Chery telah mencatatkan rekod eksport baru untuk kenderaan penumpang jenama China.

Di tengah cabaran yang berterusan sepanjang tahun, Chery, yang telah menjadi pengekspot kereta penumpang teratas di China selama 19 tahun berturut-turut, telah mengalahkan rekodnya sendiri untuk eksport kereta penumpang jenama China, dengan empat bulan jumlah eksport lebih daripada 50,000 unit.

Cery Tiggo 8, pilihan utama kerajaan Brazil untuk kegunaan tetamu negara

Pencapaian ini boleh dikreditkan kepada kekuatan produk Chery. Tiggo 8 Pro, yang kerap digunakan sebagai kenderaan untuk tetamu negara di Brazil, telah mengumpul jualan 171,000 unit tahun ini, sementara Tiggo 7 Pro menjual 146,000 unit, menempati tempat pertama dalam segmennya di Qatar dan negara-negara/daerah Timur Tengah lain.

Chery kini mempunyai lebih daripada 11.13 juta pengguna di seluruh dunia, termasuk 2.35 juta pengguna di luar China.

Bersama dengan lebih banyak pengedar dan rakan kongsi perniagaan luar negara dalam industri automotif global, syarikat akan terus mempercepat strategi globalisasinya dan membina imej jenamanya di banyak bahagian dunia.

Leave a comment