Sementara orang dah mula sibuk hasilkan kereta elektrik Toyota masih lagi dalam peringkat nak tayang kenderaan konsep.
Kiranya nasib baiklah dah mula nak buat konsep kereta elektrik secara lebih serius dan teratur, kalau tidak alamat jauh kena tinggal dengan jenama lain kot.

Konsep kalini Namanya bZ Compact, mudah sangat Namanya macam tak perlu pikir banyak nak cari nama. bZ tu maksudnya beyond Zero.
Kata Toyota rekabentuk ini aerodinamik sambil menawarkan ciri teknologi yang intuitif dan tak pernah dilihat pada sebarang model Toyota sebelum ini.
Entah aku pun tak berapa paham apa maksudnya, jom kita baca lagi kot kot ada penerangan lanjut.

Yang paling jelas ialah keempat empat roda dah ditolak habis ke bucu, ini ialah antara ciri utama kenderaan elektrik kerana mereka perlu mencari ruang maksima antara gandar bagi mengatasi masalah lantai tinggi yang mencuri ruang kabin dari bawah.

bZ Compact memang aerodinamik kerana kereta elektrik kalau direka bmacam bongkah air batu akan makan bateri untuk lawan rintangan angin aje karang kerjanya.

Untuk pastikan kereta ni cukup kelebihan hijau, Toyota gunakan balutan kerusi dari bahan tumbuhan dan juga kitar semula.
Untuk tambah perisa canggih Toyota gunakan ajen AI yang Bernama Yui, kiranya macam sistem kawalan suara tapi mungkin ada karektor lah sikit.

Dari pemandu sampai penumpang belakang semua boleh berinteraksi dengan Yui. Jangan nanti ada yang bergaduh dengan Yui sudah sebab kalau dia merajuk nanti takut tak cover dek warranty pulak. Hehe. bZ Compact ni satu lagi dari 30 produk elektrik yang dirancang oleh Toyota untuk dihasilkan menjelang 2030 dan dijangka boleh membantu gergasi automotive itu mencapai keseimbangan karbon menjelang 2050.












