Diam tak diam, Proton dah bina 10,00 enjin 1.5 turbo

Masa proton mula nak mula tawarkan enjin ni dalam X70, punyalah dia risau yang orang Malaysia tak boleh terima enjin tiga silinder.

Tapi bila dah masuk pasaran tak ada orang komplen sangat, malah ramai yang cakap tak dapat rasakan beza sangat pun bila tukar dari empat ke tiga silinder.

Dan Proton mencapai bilangan 10,000 enjin pada 1 hb Disember 2022 dalam tempoh tujuh bulan selepas kilang enjin baru ini siap pada bulan April dulu.

Memandangkan enjin ini dah boleh diterima oleh pembeli Proton, mereka bercadang nak hasilkan 60,000 unit setahun pada 2023 untuk kegunaan pelbagai model Proton.

Ikhlas aku katakan kalau enjin ni masuk dalam Persona atau Iriz memang sedap, kalau masuk dalam Exora pun berbaloi baloi tapi tak pastilah model lain mana yang akan gunakan enjin ini, mungkin MPV X90 yang semua orang jangka akan terpacul tahun depan

Selain dari kejayaan menghasilkan 10,000 unit enjin 1.5 turbo, Proton juga mencatat peningkatan jualan yang agak besar bila mencapai jumlah 126,682 unit jualan menjelang November 2022.

Ini selari dengan prestasi industi automotif kebangsaan yang dijangka mencecah TIV hampir 700,000 unit dan mencatat rekod baru.

Tahniah Proton.

Leave a comment